Saturday, December 11, 2010

Anak kudin2- Usia 1 bulan 10 hari

Dalam cahaya lampu... Anak kudin ini diberi nama Raskudin.
Yang ni diberi nama MaskudinK3.Harapnya ayam ini menjadi...

Friday, December 10, 2010

Gaya Sri kubin

Serama muda yang  berpotensi...
Sri Kubin merupakan saudara setelur induk Cik Siti Wan Kembang.
Bergaya...
Semakin mantap! Nilai Sri Kubin kini mencecah RM15,000.

Saturday, December 4, 2010

Anak Kudin2

Anak kudin ini diberi nama Indra.
Yang lain belum diberi nama kerana masih kecil.
Empat beradik.3 jantan,  1 betina. 
Pic di atas anak kudin2 semasa usia sebulan
 Pic anak serama kudin semasa berusia seminggu.Menetas pada 31/10/10,
  bersama ibunya, CSWan Kembang.
Bapaknya, Kudin Pinang masak
.
Pic semasa usia 2 minggu

Tuesday, November 30, 2010

Induk Muda Serama Kudin

Induk muda ini sudah menunjukkan tanda-tanda sudah dewasa. Mungkin sebulan lagi ayam ini akan bertelur.

Friday, November 26, 2010

Awang Sulung Merah Muda


Awang Sulung cepat membesar.Usianya baru 2 bulan tapi bentuk tubuh dan lagaknya seperti serama remaja.Ramai peminat serama yang datang ke rumah utk memiliki ayam ini.Awang Sulung ialah anak sedara Serama Muda Mas 10.

Ara Muda Daeng Parani

Serama  ini yang diberi nama Daeng Parani merupakan anak kepada serama Ara Merah @Daeng Chelak. Baru memasuki fasa serama muda. Ekornya belum siap lagi.  Daeng Parani ialah ayam yang aktif di atas meja.Sering mengebas sayap dan mengangkat sebelah kaki .Ayam ini sedang mencipta nama dalam pertandingan ayam serama di negeri Kelantan.

lagu Ayam Kuden Lapeh

Dikir Ayam Serama

Monday, November 15, 2010

Bujang Sekalis

Ara hitam yang menawan.

Gaya induk Sri Bayu

 Sri Bayu semasa anak B
Sri Bayu setelah dewasa

Bapak Ara merah@ Daeng Chelak


Serama ara merah ini atau dinamakan Daeng Chelak ialah pembaka serama kudin sepenuh masa.Sedang dipasangkan dengan induk SKC dan induk kuning air.Sudah bertelur beberapa biji.Tak lama lagi kita akan dapat lihat rupa anak-anaknya.Tentu cantik, tak sabar nak lihat.

Saturday, November 13, 2010

Bapak Ara@Daeng Merewah

Bapak Ara ini  digelar Daeng Merewah(DM) sempena nama pahlawan Bugis suatu masa dahulu.DM adalah antara pembaka utama serama kudin.Serama ini pernah dipasangkan dengan induk CSWK dan mendapat banyak anak yang cantik

Serama Kudin Pinang Masak dan induk Si Kembang Cina(SKC)

Serama Kudin Pinang masak dipasangkan dengan induk Si Kembang Cina(SKC).Dapat seekor anak betina yang kini berusia sebulan setengah.lihat pic di bawah sekali.

 pic induk Si Kembang Cina

 anak tina kepada bapak Kudin Pinang Masak dan SKC

Thursday, November 4, 2010

anak serama kudin

   Anak serama A yang dinamakan Arjuna( kiri) mempunyai potensi yang besar dalam bidang peragaan kecantikan suatu hari nanti. Berusia genap sebulan.Menetas pada 3/10/10.Anak kepada   bapak Ara dan induk CSWK.



                Anak serama A ini dinamakan Awang sulung Merah Muda(ASMM)  Ayam ini dalam proses latihan untuk pertandingan pada 25/12 nanti di PC..Berusia sebulan setengah.Menetas pada 19.10.10.Anak kepada bapak Pinang Masak dan induk Kuning Air.ASMM merupakan model ayam serama terkini ' kating' ,mempunyai warna merah yang semakin tua dan balung yang menawan.



                              Induk kudin bersama anak-anaknya yang berusia sebulan.

Tuesday, November 2, 2010

Serama Muda Ara dan Induk CSWK

Serama ara remaja @ Awang Selamat kini telah memasuki fasa serama muda.Gayanya semakin hebat.Sayapnya sentiasa dilempar ke hadapan.

Pic 'AS' bersama pasangannya di suatu petang yang hening.


Serama induk "Cik Siti Wan Kembang"( CSWK ) ialah induk pembaka utama/terbaik Serama Kudin. Induk ini menghasilkan anak yang ramai dan berkualiti.Empat ekor anaknya itu menetas pada 31/10/10.Bapak kepada anak-anak ayam ini ialah Serama Kudin Pinang Masak.